Suka Bercakap? Sertai Pencarian Hos DAG Sekarang!

Pernah tonton program Live DAG di Facebook? DAG kini membuka peluang kepada korang yang suka bercakap dan berani berada di hadapan kamera menjadi sebahagian daripada keluarga DAG.

Inilah peluang bagi korang yang bercita-cita nak jadi pengacara dan hos. Korang dialu-alukan untuk menyertai Pencarian Hos DAG.

Jangan risau jika tidak berbakat, bakat boleh diasah yang penting korang mempunyai minat yang mendalam. Kami boleh bantu!

Seperti yang diketahui, korang akan mengendalikan program Live DAG yang bersiaran di Facebook, Instagram dan juga di Youtube dan penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara.

Jika korang mempunyai impian bergelar pengacara, korang juga boleh mencuba nasib dengan menghantar video berdurasi 30-60 saat tentang diri anda dengan cara paling kreatif kepada dag.kerjaya@gmail.com

Untuk info lebih lanjut korang boleh klik dan jom hantar video anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu