Salam Takziah, Jangan Bersedih, DAG Bersama Syafiq!

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri melibatkan pemain bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad yang mengakibatkan tiga sekeluarga maut.

Kehilangan tiga orang tersayang dalam sekelip mata bukanlah sesuatu yang muah nutuk dilalui. Ditambah pula dengan kehilangan seorang bayi yang baharu 22 hari mengenal dunia.

Simpati dengan tragedi yang menimpa Muhammad Syafiq yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu, DAG turut berduka cita.

Kredit foto: Bernama

Kami, warga kerja DAG juga mengucapkan salam takziah buat Syafiq Ahmad dan keluarga. Semoga anda tabah dan kuat menghadapi ujian ini.

Kami dengan rendah diri menghulurkan tangan untuk sama-sama bersedih dengan nasib yang menimpa Syafiq serta keluarga.

Akhir sekali, turut mewakili semua usahawan DAG juga mengucapkan takziah dan mendoakan mereka yang pergi ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Amin

 

Baca: Musim Berkhatan Dah Tiba, Apa Yang Ibubapa Perlu Tahu?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu