Pusat Tahfiz Dilanda Banjir Kilat, Usahawan DAG Tak Senang Duduk

Keadaan dorm yang musnah akibat banjir kilat.

Malang tidak berbau. Itulah yang terpaksa dilalui hampir 30 pelajar Pusat Tahfiz As- Sakinah, Raub, Pahang yang banjir kilat baru-baru ini.

Hujan lebat itu mengakibatkan aras air Sungai Jeruas naik mendadak sehingga menyebabkan berlakunya banjir lumpur di kawasan berdekatan.

Tanpa disedari, air limpahan sungai berkenaan memasuki asrama pusat tahfiz sekali gus mengakibatkan kerosakan katil, bantal, tilam dan cadar.

Antara bantuan bantal yang disumbangkan Rohaya bersama usahawan DAG yang lain.

 

Sebahagian daripada pelajar tahfiz melihat buku mereka yang musnah akibat banjir kilat.

Simpati dengan kejadian yang menimpa pelajar tahfiz berkenaan, usahawan DAG yang berpangkalan di Raub, Rohaya Jusoh terpanggil untuk memberi bantuan.

“Ketika kawasan itu mula dinaiki air dan berlakunya banjir kilat, mereta tak sedar… memang mereka tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang termasuklah tilam.

“Banjir kilat itu menyebabkan banyak lumpur dan merosakkan banyak barang. Disebabkan itu, saya dan suami terpanggil untuk menghulurkan sedikit sumbangan,” jelasnya ketika dihubungi.

Rohaya bersama sebahagian pelajar pusat tahfiz bergambar sebagai kenangan.

 

Tidak keseorangan, Rohaya berkata beberapa individu lain yang juga usahawan DAG tampil bersama-sama Rohaya memberi sumbangan untuk diserahkan kepada pusat berkenaan.

“Ada usahawan DAG yang lain tampil memberi sumbangan bantal dan setakat ini kita dapat kumpulkan 30 biji bantal untuk kegunaan pelajar tahfiz. Terima kasih buat semua usahawan DAG yang bermurah hati,” katanya.

Bersedekahlah dari sebahagian apa yang Allah SWT rezekikan padamu, kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangi (harta) malah dia menambah.” (HR. Ad-Dailami)

 

Baca: “Saya nak tolong tapi tak tahu macam mana” – Ketepikan Soal Untung, Abang Bantal Tolong Mangsa Kemalangan Viral

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu