MASA UNTUK TUKAR BANTAL ANDA KEPADA BANTAL ORGANIK KAPOK

Mungkin anda semua sudah terlalu familiar dengan bantal-bantal DAG yang lain seperti PhD, Hclass Pro, H-Classic dan M3. Tetapi pernahkah anda mencuba produk kami yang lain? Seperti Organic Pillow.

Apa itu Organic Pillow?

Ia diperbuat daripada bahan organik yang dikenali sebagai “kapok” yang berasal dari Bali, Indonesia. Ciri istimewa yang tahan lasak, tidak menyimpan haba, texture lebih lembut dari kekabu biasa dan paling penting ialah penghasilannya 100% bahan organik dengan bau harum kapok menjadikan ia ada sentimental value dan pilihan ramai orang.

Bantal kapok ini juga merupakan keluaran limited Das Abdul Global, bermakna ia susah nak ada di pasaran dan memerlukan masa yang lama untuk available kerana ia diimport.

Serat kapok dituai dari serat berbulu di sekitar benih pokok kapok tropika (ceiba pentandra). Juga dikenali sebagai “kapas sutera,” kapok adalah material organik yang paling ringan di dunia dengan kepadatan hampir lima kali yang selembut kapas. Ini menambah rasa ringan dan berbulu kepada produk tempat tidur anda. Material kapok mempunyai rongga-rongga dimana ia membantu untuk mengawal suhu produk. Fiber bantal ini juga tahan air, membantu menahan kelembapan untuk tidur yang lebih selesa. Bantal Kapok ini juga dikira sebagai exclusive dan mewah kerana jika anda tidak pernah rasa tidur dengan bantal ini, anda sendiri yang rasa rugi dengan salah satu kenikmatan dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu