Mak Wan Pengsan , DAG Hadiahkan tajaan Pakej Umrah

“Kalau boleh, Mak Wan nak jejak kaki Mak Wan di bumi Allah (Mekah). Kalau mati dekat sana pun Mak Wan rela.”

Itulah yang diucapkan oleh pelakon veteran, Mak Wan sebelum menerima hadiah tajaan pakej umrah daripada Tuan CEO sendiri; Tuan Das Abdul.

Sebaik saja hadiah tersebut dihulurkan, Mak Wan terus mengalami sesak nafas dan pengsan secara tiba-tiba. Live show itu juga turut dihentikan seketika dek kerana perasaan cemas yang menyelubungi set penggambaran.

Penggambaran diteruskan kembali setelah Mak Wan kembali dalam pulih dan dalam keadaan yang lebih tenang.

Setelah penggambaran kembali berjalan, Tuan Das Abdul tanpa teragak-agak menawarkan sebuah lagi pakej umrah kepada Mak Wan agar Mak Wan boleh menjalankan ibadah umrah bersama peneman yang dipilih beliau.

Mak Wan merupakan salah seorang daripada 25 penerima bertuah pakej umrah PERCUMA tajaan Syarikat DAG.


Kesemua penerima akan berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk melaksanakan ibadah umrah pada tahun hadapan selepas berakhirnya wabak Covid 19.

Kami di DAG mendoakan agar Mak Wan dan semua usahawan DAG yang menerima pakej tersebut dapat memenuhi impian mereka untuk melawat Tanah Suci pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu