Hembusan Laut Dalam Kamar Tidur Anda? Nantikan 10.11 Ini

Bertemakan hembusan laut dengan nama Bluetiful, DAG Home menampilkan tiga set comforter berlainan sempena ONE DAY SALE 10.11 ini.

Pattern Blue, China Ivory dan Blue Lagoon bakal menemui peminat warna biru pada 10.11 ini dengan harga istimewa sempena promosi bulan ini.

Bagi penggemar corak flora, Blue Lagoon merupakan idea sepadan dengan kombinasi warna biru teal bersama bunga-bunga kecil berwarna putih kekuningan.

Idea itu dapat menyerlahkan lagi sisi kamar tidur anda dengan palet bilik tidur berwarna lembut.

Sementara itu bagi Pattern Blue pula menggunakan kombinasi Turkish Blue pula dinspirasikan daripada warna laut dengan asas warna hijau laut bersama gabungan warna permata biru dari dasar laut.

Disebabkan itu Turkish Blue disifatkan warna yang tenang yang mampu memberi fokus dan konsentrasi selain bersifat setia dengan corak klasik berbentuk tiles.

Rona ini sering diinterpretasikan untuk memberi keharmonian dan menimbulkan mood tenang kepada penghuni.

Pandangan ini juga boleh dianggap berelemenkan terapeutik kerana biru umumnya warna yang dekat dengan alam menerusi tema laut.

Berbeza bagi peminat fauna, kekemasan corak dedaun dengan pananan biru lembut dan biru terang menimbulkan aura kloral dasar laut.

China Ivory juga menyelitkan warna putih kekuningan untuk menyerlahkan lagi sisi dedaun.

Seperti sebelum ini, set comforter ini didatangkan dengan tiga set berlainan iaitu King, Queen dan Super Single.

Bagi anda yang berminat dengan Bluetiful ini, dapatkan segera pada 10 November ini daripada usahawan DAG berdekatan anda.

 

Baca: Tahan Lama, Tahan Lasak, Pilihan Sepanjang Zaman, Miliki Kapok Hari Ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu