“Hadiah Buat Guru”

16 Mei merupakan tarikh yang ditunggu- tunggu para guru. Tarikh keramat itulah hari golongan pendidik dirai atas sumbangan mereka, sumbangan yang tidak boleh ditukar jasanya.

Bagaimanapun tahun ini, pandemik Covid-19 menafikan golongan pendidik dirai. Tiada sambutan Hari Guru, sekolah ditutup, murid-murid diberikan cuti khas dan tiada siapa dibenarkan keluar dari rumah.

Hari demi hari, bulan berganti bulan, tiada siapa menyangka masih ada yang mengingati.

Itulah yang diceritakan ejen DAG, Siti Zaharah Mahayaldin yang berpengkalan di Johor.

Siti Zaharah yang mesra disapa Mamazar berkata sebanyak 130 biji bantal telah diberi kepada lebih 100 pendidik di SMK Puteri Wangsa (SMKPW) Ulu Tiram, Johor sebagai hadiah sempena Hari Guru.

Hadiah itu diberi tanda terima kasih atas segala jasa dan usaha yang dicurah dalam mendidik murid-murid di sekolah berkenaan.

“Terima lamaran 130 biji bantal untuk hadiah hari guru. Wow, syukur masa tu hanya Allah yang tahu,” ujarnya.

Siapa tidak mahu hadiah bantal hotel kan? Tapi itu lah rezeki buat cikgu-cikgu SMKPW.

 

Terima kasih buat ejen Siti Zaharah,

 jasa guru tiada tandingan, ilmu yang diberi tiada tukar ganti.

Untuk anda yang nak dapatkan bantal DAG untuk dijadikan hadiah, boleh hubungi ejen kami yang terdekat!

Terima kasih cikgu di seluruh malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu