Debaran Makin Terasa, Siapakan Pemenang Honda BR-V Tahun Ini?

Masih ingat reward Honda BR-V?
Debaran semakin dirasai, milik siapakah yang bakal membawa pulang MPV kompak dengan tujuh tempat duduk ini?

Nantikan pengumuman rasmi daripada HQ dalam masa terdekat ini.

Dilancarkan pada 1 Julai tahun lalu, program reward Honda BR-V untuk master leader mendapat sambutan memberangsangkan daripada usahawan DAG.

Reward ini dianggap sebagai pemangkin semangat dan inspirasi kepada usahawan untuk terus berusaha mendapatkan jualan yang banyak.

Hadiah kereta daripada DAG merupakan satu kelaziman dan kemestian setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada usahawan DAG.

Terserlah kegembiraan Keluarga Puan Nyza membawa pulang hadiah sebuah kereta Vellfire

 

Sebelum ini, Puan Yusniza Md Ali berjaya membawa pulang Toyota Vellfire bernilai hampir RM200 ribu.Sebuah Ford Ranger turut juga menjadi milik Mohamad Redzuan Mohamad Najib. Malah Februari lalu, sebuah Perodua Alza juga berjaya dibawa pulang Tuan Sukma Ishak.

Selain kereta, DAG juga pernah memberi hadiah barang kemas, jam tangan dan pakej mengerjakan umrah.

Bagaimanapun hanya seorang sahaja pemenang bertuah dengan jualan tertinggi selama setahun sehingga 1 Julai tahun ini akan diumumkan.

Gerangannya masih lagi misteri, namun yang pasti pemenangnya pasti akan memberi senyuman lebar kepada keluarga tersayang atas kejayaan ini.

Nantikan!

Tuan Sukma bersama CEO dan COO DAG, Tuan Das Abdul serta Puan Sapinah ketika sesi penyerahan kunci Perodua Alza Februari lalu

Ford Ranger Oren bersama pemiliknya, Mohamad Redzuan disamping CEO dan COO DAG, Tuan Das Abdul serta Puan Sapinah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu