4 Punca Tidur Terganggu

Pusing kanan tak kena pusing kiri pun tak kena buka mata pandang atas, pandang semua benda yang ada dalam bilik. Terasa masa berjalan begitu pantas, sang suria pula kian muncul namun mata masih segar.

Pernah hadapi situasi begini? Kalau kadang-kadang tu ok la mungkin terlebih tidur sampai tak boleh tidur, tapi kalau setiap malam macam ni rasanya dah tak normal.

Apa punca tidur anda terganggu ni? Ok di sini kami kongsikan 4 punca utama tidur anda terganggu.

 

  1. Bilik tidur berselerak

Bilik tidur adalah tempat atau ruang peribadi untuk beristirehat setelah penat seharian bekerja. Jadi, jika bilik tidur anda kotor dan bersepah dengan pelbagai barang, bagaimana dapat membangkitkan mood yang tenang tidur yang nyenyak? Tentulah memberi kesan kepada tidur anda kerana ia nya menganggu minda anda.

  1. Bantal dan cadar

Nampak bersih tapi anda tahu ke sebenarnya bantal dan cadar lah tempat paling banyak terkumpul bakteria atau kulat. Sebaiknya tukarlah sarung bantal dan cadar anda seminggu sekali demi menjaga kebersihan dan kualiti tidur anda.

Bukan itu sahaja, tekstur dan material bantal juga turut mempengaruhi postur badan untuk anda tidur lena, jadi anda boleh gunakan bantal DAG selain boleh dicuci dengan mesin basuh ia juga membantu tidur anda nyenyak sepanjang malam.

  1. Warna Dinding

Tahukah anda warna mempunyai maksud tersendiri dalam membangkitkan pelbagai mood seperti tidur, kerja dan sebagainya. Hati-hatilah dalam memilih warna dinding bilik tidur anda kerana jika anda menggunakan warna terlalu terang akan menganggu tidur anda. Pilihlah warna sejuk dan lembut untuk mencipta mood rehat.

  1. Suhu Bilik

Pernah dengar tak ada orang tak boleh tidur kalau tak tutup lampu kerana beranggapan cahaya lampu tu panas? Itulah contoh tepat boleh dikategorikan sebagai suhu bilik boleh jadi punca tidur anda terganggu. Suhu bilik penting dalam membantu hasilkan hormon melatonim untuk membantu tidur lena. Pastikan suhu bilik anda tidak terlalu panas atau sejuk diantara 18 hingga 22 darjah celcius. Pastikan lampu ditutup sebelum tidur ya.

Dapatkan tidur berkualiti kerana ia mempengaruhi kesihatan dan segala mood aktiviti harian yang anda bakal lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu