3 PERKARA YANG USAHAWAN KENA PEGANG KUAT-KUAT – NAJIB ASSADOK

3 PERKARA YANG USAHAWAN KENA PEGANG KUAT-KUAT – NAJIB ASSADOK


Tuan Najib Asaddok merupakan ahli kumpulan Titanium Premier yang telah mendapat

bimbingan  dan mentoring khas dari Dr Azizan Osman selama hampir 3 tahun dan merupakan sahabat pada CEO Das Abdul Global syarikat jual bantal hotel termuka di Malaysia. Beliau yang merupakan CEO kepada Momentum Internet Sdn Bhd sangat tekenal dengan program RoketEmel, iaitu satu program untuk membantu usahawan untuk belajar bagaimana membuat pemasaran secara online.

Ini pesanan beliau kepada semua  terutamanya usahawan.

#1 Sentiasa Rendah Diri

Kita ni berniaga adalah nikmat dari Allah, kalau silap cara mungkin jadi ‘ujian’ & ‘dugaan’ juga dari Dia. Sikit ke banyak hasil yang diperolehi, mesti kena ada rasa syukur, barulah Allah beri keberkatan kepada bisnes kita.

#2 Hormati Pelanggan

Siapalah kita tanpa pelanggan yang beri sokongan dengan sentiasa beli produk/servis kita. Kan lagi best kita mintak respon diorang apa yang best, apa yang tak best tapi kita boleh upgrade lagi. Kan lagi dasyat bisnes lepas ‘tu.

Tak bolehlah asyik nak dengar yang indah-indah jer, saya sendiri setiap pelanggan akan isikan borang feedback, memanglah ada yang kita baca boleh buat berdarah telinga..

Elakkan dari menengking atau memarahi pelanggan.. tak bestlah. Bukan kita sorang jer berniaga, ramai lagi pesaing kita. Silap-silap dia pergi kat orang lain pulak lepas ni.

#3 Hormati Pesaing

Ni paling payah nak buat tapi nak tak suka tak suka kena belajar untuk hormat pesaing kita. Nak berniaga bagus bukan semestinya kena jatuhkan pesaing. Rezeki tu kan dari Allah, Dia kan Maha Kaya.

Ada rezeki untuk kita, ada rezeki milik orang lain. Kita bersaing jer secara sihat. Lagipun ada pesainglah yang akan buat kita sentiasa nak beri yang terbaik pada pelanggan, kalau tak pelanggan akan pergi kat orang lain.
Jaga hati, insyaAllah dimurahkan rezeki…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu